1. Memoir Tun Mahathir - RM100
mengisahkan jalan hidup PM sejak kecil hingga kepada persaraannya. Sarat dengan info tentang keadaan dalam negara sewaktu perang, cara Malaysia membangun dengan moden dan krisis matawang yang dimainkan oleh kapitalis Barat.
2. Perang-perang Yang Benar - RM50
ditulis oleh Abdul Latip Talib, pengarang novel sejarah terkenal. Mengisahkan secara detail tentang sejarah 4 perang yang besar, Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar. Bila start membaca, rasa nak teruskan sampai habis satu bab. kadanag2 mengalir air mata sebab penceritaan yang dibuat mudah dibayangkan dan amat menyentuh hati.
3. Umar Abdul Aziz - RM24
juga ditulis oleh Abdul Latip Talib. Mengisahkan perjalanan hidup Khalifah Bani Umaiyah yang adil dan warak. Beliau cicit kepada Saidina Umar dari belah ibunya. Beliau menerima jawatan khalifah kerana dipaksa oleh Khalifah Sulaiman yg tgh sakit dan bakal meninggal dunia. Beliau meninggal dunia kerana diracun ahli keluarga sendiri kerana tidak berpuas hati harta2 haram mereka disita dan dipulangkan kepada tuan punya dan baitulmal.
4. Imam imam Yang benar - RM55
Mengisahkan sejarah kewujudan 4 Mazhab Utama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mazhab Hanafi diasakan oleh Imam Abu Hanifah. Beliau kaya dengan perniagaan dan sibuk mengajar anak murid bab agama hingga tak sempat mengarang kitab. Diracun dlm penjara sampai mati oleh pemimpin kerana enggan mengiktiraf pemerintahan yang zalim. Pemimpin tersebut menyesal dan bertaubat selepas kematian beliau.
Buat yang ingin mulai investasi lihat juga nih, Kiat Investasi Reksa Dana
ReplyDelete