- Banyak syarikat pelaburan emas 'sah' akhirnya menyalahgunakan jongkong emas yg sama untuk ditayang kepada ribuan pelabur semata2 nak rolling duit buat fix income kepada pelabur.
- Ar Rahnu hanya terima barang kemas dan emas tertentu sahaja. So emas yg company 'glamor' nak ditukar ke mana jika company tu tutup? Hancuss.....
- Beli barang kemas untuk isteri. Isteri happy, harta tak susut nilai tapi ada risiko dicuri atau hilang. Bila ada emergency, leh gadai kat Ar Rahnu cawangan Rawang atau kedai pajak gadai Bukit Sentosa.
- Beli barang kemas dan simpan di Ar-Rahnu. Bayar upah skit tapi selamat dr penjenayah dan halal urus niaganya.
- Beli emas melalui Gold Investment Account. Pun selamat tapi isteri tak happy sebab tak boleh bergaya. yang ni aku xsure patuh syariah ker tak.
Skrg rumah area Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung double storey dah dekat RM200 ribu. Kalau macam2 lagi development masuk, makin lah naik harga. Time pencen nanti, ntah berapa harga rumah jadinya.
No comments:
Post a Comment