Monday, 17 December 2012

Royalti jualan buku

Ini maklumat dari company penerbit buku PTS. Ada dalam website mereka.
Kadar royalti adalah seperti berikut:
  • 7% daripada harga runcit buku (5,000 naskhah yang terjual)
  • 10% daripada harga runcit buku (5,001 – 10,000 naskhah yang terjual)
  • 11% daripada harga runcit buku (10,001 naskhah ke atas yang terjual)
Kalau anda jenis minat mengarang buku, bolehlah melawat website PTS dan baca syarat2 untuk melayakkan karya anda diterbitkan oleh mereka. Jangan bimbang tentang hakcipta, PTS is fair.

Wednesday, 12 December 2012

Sticker Tingkap Kereta

Sekarang sticker tingkap kereta tengah meletup2. Jadi aku pun ambil kesempatan tampal gak kat tingkap kereta aku. Harga sebelah tingkap RM10 (beli kedai runcit Bai). ada 6 keping bulat2 comel. aku tengah survey untuk warna selain putih cthnya pink, oren, hijau, carbon fiber dll. kalau ada modal leh jugak layan berniaga sticker ni ketika tgh boom.

Selain hiasan, boleh guna untuk kempen Anti Zionis dan juga kempen2 yg lain (jgn kempen politik sudah....pecah tingkap keter nanti)

Mungkin ada baiknya aku cuba2 bisnes benda ni untuk tahun 2013 nanti.

Tuesday, 4 December 2012

Cara beli rumah secara tunai dengan KWSP

Saya baru sahaja selesai membeli satu apartmen di Bukit Beruntung, Rawang dengan pengeluaran KWSP.

  1. survey rumah dengan menelefon nombor2 agent yang ditampal di dinding2 atau papan2 tanda. Tanya sama ada rumah di kawasan yang kita minat ada dalam senarai mereka atau tidak. Nyatakan bajet yang kita mampu bayar.
  2. lepak di kedai makan dengan agent tersebut untuk mengetahui status rumah yang disyorkan dengan bajet yg kita mampu.
  3. antara yang perlu ditanya ialah 1) masih ada hutang bank atau dah setel  2) tunggakan cukai pintu  3) tunggakan duit maintenance JMB(jenis apartment shj) 4) tunggakan indah water  5) tunggakan api/air  6) ada orang sewa atau tak skrg. untuk kes aku, apartmen tu xpernah diduduki sejak siap dibina.
  4. dapatkan alamat apartment tersebut dan tanya sendiri pejabat tanah dan pejabat maintenance untuk pastikan jumlah tunggakan sebenar. jangan percaya bulat2 kata agent.
  5. inform balik agent tentang hasil siasatan kita dan mintak dia setelkan semuanya sebelum kita bersedia membeli.
  6. selepas agent selesaikan tunggakan kos2 tadi dan kita dah double check, barulah kita bayar duit deposit 10%  dan RM500 untuk lawyer bukak file. gunakan internet banking / cash deposit machine supaya ada rekod penyerahan.
  7. jika rumah dah xder hutang bank, lawyer akan panggil untuk sign dokumen macam2. pastikan kita check harga rumah dan jumlah komisen yg agent terima hasil jualan tu. apartment aku tu owner jual RM12 ribu, agent ambil untung RM8 ribu, jadi harga jualan RM20 ribu.
  8. lepas owner lama dah sign dokumen, lawyer akan call kita untuk collect document untuk proceed keluar duit KWSP.
  9. Kena pergi pesuruhjaya sumpah untuk chop 2 keping borang berkaitan KWSP.
  10. Kemudian pergi KWSP, isi borang permohonan pengeluaran rumah pertama. siap isi terus ambil nombor dan tunggu giliran.
  11. Sampai giliran, pegawai KWSP akan semak semua dokumen untuk memastikan nama owner lama dan nama owner baru ada tertulis di semua dokumen perjanjian. Jika xder masalah, dia akan print satu slip dan suruh kita tunggu maksimum 2 minggu untuk dapat duit KWSP.
  12. Bagi kes aku, borang hantar Jumaat, Selasa petang dah dapat duit KWSP. Alhamdulillah.
  13. Lepas dapat duit, segera ke pejabat lawyer untuk setelkan balance 90% harga jualan rumah.
  14. Lega.....secara rasminya rumah itu milik sendiri.
  15. Barulah boleh start nak renovate rumah.
  16. Sekarang air perlu diusahakan. Dapatkan no telefon kontraktor syabas daripada kenalan atau boleh hubungi Syabas terdekat. Kontraktor yg uruskan borang dari A-Z, kita hanya perlu isi borang, fotostat agreement S&P, fotostat IC dan bayar RM300(termasuk deposit air). Kontraktor akan datang pasang dalam masa seminggu.
  17. Untuk elektrik, kena cari no telefon dari kenalan yang pernah berurusan atau call TNB terdekat. Dapatkan nombor kontraktor dan sediakan dokumen yang sama beserta wang RM410(termasuk deposit elektrikRM160).TNB hanya akan pasang meter sekiranya wiring sudah lengkap dalam rumah. Meter rumah aku jenis digital.
  18. Lepas meter air dan meter elektrik dah pasang, bereslah segalanya. Bolehlah ke arah menghias rumah dengan perabut, cat, grill dan lain2 lagi. Ikut selera masing2.
  19. Bil air dah sampai, Alhamdulillah RM0. Thank you Kerajaan Negeri Selangor.Harapnya next period belanja bil elektrik lak. Amin.....

Monday, 26 November 2012

Jilsah ilmiah setiap Isnin

Jika ada ingin belajar ilmu agama secara bersanad(berguru) secara langsung dengan percuma, marilah singgah di Surau Al Furqan, berdekatan kedai tomyam Sempurna, Bukit sentosa, Rawang, Selangor. Setiap Isnin jam 9 30 malam ~ 10 30 malam. Antara aktiviti yang dijalankan

  1. membaca wirid Imam Nawawi( Hizib Nawawi)

  2. membaca kitab Nasihat Agama dan Wasiat Imam


     3. membaca tafsir Al Quran
     4. membaca Selawat Badriyah

Buku cadangan untuk exemption LHDN

Setaip tahun kerajaan bermurah hati dengan mengecualikan RM1000 dari pendapatan layak cukai untuk membeli buku. Ini bertujuan mendidik warga Malaysia celik ilmu dan luas pengetahuan. Buku yang saya pernah baca dan menarik ialah :-

1. Memoir Tun Mahathir - RM100
mengisahkan jalan hidup PM sejak kecil hingga kepada persaraannya. Sarat dengan info tentang keadaan dalam negara sewaktu perang, cara Malaysia membangun dengan moden dan krisis matawang yang dimainkan oleh kapitalis Barat.


2. Perang-perang Yang Benar - RM50
ditulis oleh Abdul Latip Talib, pengarang novel sejarah terkenal. Mengisahkan secara detail tentang sejarah 4 perang yang besar, Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar. Bila start membaca, rasa nak teruskan sampai habis satu bab. kadanag2 mengalir air mata sebab penceritaan yang dibuat mudah dibayangkan dan amat menyentuh hati.

3. Umar Abdul Aziz - RM24
juga ditulis oleh Abdul Latip Talib. Mengisahkan perjalanan hidup Khalifah Bani Umaiyah yang adil dan warak. Beliau cicit kepada Saidina Umar dari belah ibunya. Beliau menerima jawatan khalifah kerana dipaksa oleh Khalifah Sulaiman yg tgh sakit dan bakal meninggal dunia. Beliau meninggal dunia kerana diracun ahli keluarga sendiri kerana tidak berpuas hati harta2 haram mereka disita dan dipulangkan kepada tuan punya dan baitulmal.

4. Imam imam Yang benar - RM55
Mengisahkan sejarah kewujudan 4 Mazhab Utama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mazhab Hanafi diasakan oleh Imam Abu Hanifah. Beliau kaya dengan perniagaan dan sibuk mengajar anak murid bab agama hingga tak sempat mengarang kitab. Diracun dlm penjara sampai mati oleh pemimpin kerana enggan mengiktiraf pemerintahan yang zalim. Pemimpin tersebut menyesal dan bertaubat selepas kematian beliau.





Friday, 23 November 2012

Emas yg boleh digadai di Ar-Rahnu

Senarai Pengeluar Barangan Emas Yang Diterima Untuk Transaksi Gadaian Di Ar-Rahnu X'Change
1. Bank-Bank di Malaysia.
  • Maybank - Kijang Emas keluaran BNM
  • United Overseas Bank (UOB) - Maple Leaf dan Aust Nugget
2. Kedai Emas yang tersenarai dalam Bursa Saham
  • Poh Kong Holding Bhd.
  • Tomei Consolidated Bhd. –Maple Leaf dan Aust Nuggets
3. Kerajaan Negeri
  • Kerajaan Negeri Kelantan - Dinar Emas
  • Produk mereka ada dijual melalui Kedai-Kedai Ar-Rahn di bawah Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
4. One Asia Gold Sdn Bhd
  • Loket 50gm
  • Loket 100gm
  • Dinar 22k - 4.25gm
  • Dinar 24k - 4.25gm
Pengeluar /Kedai-Kedai Emas yang lain akan disenaraikan sebagai cadangan setelah kajian kekukuhan syarikat dan
penglibatan mereka dalam perniagaan emas dikenal pasti.

Tuesday, 20 November 2012

Pelaburan emas di Malaysia

Aku dah baca banyak sangat info dalam internet ttg pelaburan emas. Kes Geneva, Maybank/CIMB Gold Investment Account, Ar-Rahnu, ulasan Ustaz Zaharuddin dll telah aku rujuk dan aku telah ambil keputusan bahawa emas bukanlah untuk pelaburan, tapi untuk simpanan aku semata2. Alasan aku :-
  1. Banyak syarikat pelaburan emas 'sah' akhirnya menyalahgunakan jongkong emas yg sama untuk ditayang kepada ribuan pelabur semata2 nak rolling duit buat fix income kepada pelabur.
  2. Ar Rahnu hanya terima barang kemas dan emas tertentu sahaja. So emas yg company 'glamor' nak ditukar ke mana jika company tu tutup? Hancuss.....
So baik aku buat simpanan emas kerana nilainya mengikut pasaran semasa dan kurang risiko susut nilai berbanding simpan duit tunai. Cara untuk simpan emas antaranya,
  1. Beli barang kemas untuk isteri. Isteri happy, harta tak susut nilai tapi ada risiko dicuri atau hilang. Bila ada emergency, leh gadai kat Ar Rahnu cawangan Rawang atau kedai pajak gadai Bukit Sentosa.
  2. Beli barang kemas dan simpan di Ar-Rahnu. Bayar upah skit tapi selamat dr penjenayah dan halal urus niaganya.
  3. Beli emas melalui Gold Investment Account. Pun selamat tapi isteri tak happy sebab tak boleh bergaya. yang ni aku xsure patuh syariah ker tak.
Aku cadangkan duit KWSP aku pun ditukar kepada nilai emas(contohnya KWSP aku ada RM60 ribu skrg. Convert jadi 352g emas)kerana duit tu xleh keluarkan pun (tahun ni baru umur 31). Tunggu pencen baru leh keluar semua. Agaknya berapalah nilai cash aku masa aku pencen nanti. Dividen yang dapat pun belum tentu patuh syariah, kena tolak gak. Kalau tak nak tukar semua, convert akaun 2 dah ler. Sama mcm keluar untuk unit trust. Bila jual, masuk balik KWSP.

Skrg rumah area Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung double storey dah dekat RM200 ribu. Kalau macam2 lagi development masuk, makin lah naik harga. Time pencen nanti, ntah berapa harga rumah jadinya.