Thursday, 24 January 2013

Mengecat rumah

Sekarang rumah baru siap renovate.Jadi kenalah mulakan operasi mengecat rumah supaya ada nampak gaya rumah orang, bukan rumah hantu! Mula-mula survey teknik mengecat dalam internet sebab nak buat sendiri. nampak macam senang jer. Tapi yang paling susah dan leceh ialah nak ratakan permukaan dinding supaya smooth. Ada yang kena tampal, ada yang kena sanding. Perghhhh pancit macam ni.Dah la rumah murah. Dinding macam haremmmmmm.

step 1. beli filler putty(RM15 yg bekas kecil) dan tampal lubang2 dinding guna scrapper(RM2).ratakan supaya senang gosok dengan kertas pasir grade #300(RM1) bila kering nanti.

step 2. dinding rumah aku jenis kapur.kalau tergesel,abis putih melekat kat badan. aku beli cat jenis Vinyl brand KCC. RM80 5 litre.kena cat 2 kali baru nampak rata.untuk lapisan pertama, cat ajer, xpeduli bertompok atau tak kerana memang akan bertompok. kapur dinding larut bersama cat sebab tu bertompok. bila dah biarkan seharian, esoknya bolehlah cat lapisan kedua. insyaAllah akan nampak rata. Nak cepat memang kena pakai roller(RM7 siap dgn holder sekali). elakkan basuh bulu roller untuk warna lain sebab nanti air akan effect warna cat. baik guna 1 roller untuk 1 warna.



step 3. untuk border dan hujung2, gunakan berus dan berus lukisan untuk kemasan. kena slow2 supaya tak termasuk ke kawasan warna lain. nanti letih nak adjust.

step 4. untuk tempat tinggi, belilah batang kayu penyapu dan cucuk kat holder roller.kalau banyak duit beli extension roller.xpayah panjat2 kerusi kecuali untuk kemasan sahaja. lenguh tengkuk dan tangan nanti.

step 5. kalau kat tandas atau dapur,cuba beli cat yang ada anti-kulat.

kalau rasa susah dan takut tak lawa nak ngecat sendiri, upah la tukang cat.tak tahu lak berapa upahnya.

Tuesday, 1 January 2013

Nama Allah Ekslusif Atau Tidak : Hukum Asal, Dakwah & Siyasah

Diharap pemerintah Islam cepatkan dialog antara 2 agama ini supaya keputusan terbaik dicapai demi menyerlahkan kesempurnaan Islam dalam menangani masalah masyarakat.

Petikan dr Ustaz Zaharuddin.

Kesimpulan tulisan ini adalah :-
1-   Tiada dalil qati'e yang putus sebagai asas dan indikasi hukum bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan.
2-   Terdapat banyak dalil Al-Quran yang bersifat zhonniyah ad-dalalah yang menunjukkan KEHARUSAN bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan Nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Ia adalah pandangan majoriti ulama termasuk Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lainnya.
     Terdapat juga beberapa kumpulan ulama cenderung kepada hukum haram, namun kebanyakan hujjahnya bercampur baur antara hujjah teks al-Quran dan hujjah maslahat dan dakwah. Justeru, melalui penelitian saya, pandangan yang melarang adalah lemah jika ditinjau dari perspektif argumentasi teks Al-Quran. Namun larangan boleh dibuat atas dasar masalah dakwah yang khusus di Malaysia.
3-   Ulama tanahair terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan keharusan atau pengharaman dari perspektif dakwah dan melihat situasi khas di Malaysia. Majlis Fatwa dan yang bersamanya kelihatan mengharamkan manakala PAS, PKR dan individu masih menganggapnya sebagai HARUS dengan syarat-syarat tertentu. Melalui penilitian saya dalam konteks khusus di Malaysia, saya cenderung bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dalam hal ini. Namun saya tidak melihat pandangan mereka yang membenarkan dengan syarat sebagai salah kerana ia merupakan sebuah isu ijtihadi dalam menilai mudarat dan manfaat. Perbezaan telahan dalam hal ini sememangnya sukar dielakkan.
4-   Jikalau keputusan mahkamah (selepas rayuan) tetap mengizinkan penerbit Kristian menterjemah kalimah ‘God' kepada Allah dalam penerbitan mereka. Saya bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak yang mencadangkan agar Kerajaan mengadakan segera muzakarah dan dialog di antara ulama, pakar undang-undang dan pihak Kristian bagi memastikan kebenaran itu tidak digunakan untuk mengelirukan umat Islam dan segala penulisan dihadkan kepada penganut Kristian semata-mata. Tatkala itu syarat-syarat dan perjanjian perlu dibuat bagi menjaga kehamonian masyarakat dalam Negara.

click below for full story.

Nama Allah Ekslusif Atau Tidak : Hukum Asal, Dakwah & Siyasah